CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 11 November 2008


Apabila menyebut, melihat, mendengar tentang anjing..selalu orang berfikir bahawa binatang itu jijik, haram dimakan dan sekiranya tersentuhnya maka perlu dibasuh dengan 1 air tanah dan 6 air mutlak..hmm..itu la selalunya yang bermain diminda kita..kita kadang2 terlupa tentang keistimewaan haiwan ini..sehinggakan namanya disebut dalam Al-Quran dan menjadi bacaan umat Islam sehingga ke hari kiamat.di sini ana menyenaraikan SEPULUH ciri-ciri, sifat-sifat dan perlakuan mulia anjing yang boleh disifatkan menyamai amalan orang-orang soleh yang sentiasa ada Allah s.w.t di hatinya.
Seorang ulama bernama Hassan al-Basri r.a pernah mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.
Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyangPertama; anjing itu sentiasa lapar, ia jarang makan sampai kenyang apatah lagi tidur tergolek dalam kekenyangan.Sifat ini adalah sama dengan sifatnya orang-orang soleh. Mereka makan hanya apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.Tawakkal dan mengembara
Kedua; anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.
Ia selalu berpindah randah mengikut keperluan hidupnya.Sifat ini adalah sifat orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka mengembara ke merata-rata tempat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah Islamiyyah.Tidur yang sedikit
Ketiga; anjing tidak tidur di waktu malam, melainkan sedikit sahaja.
Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang soleh yang cintakan Allah s.w.t, di mana mereka sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah s.w.t.Zuhud
Keempat; jika anjing mati, dia tidak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewarisi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
Mereka membelanjakan semua harta ke jalan Allah s.w.t sehingga tiada pusaka untuk diwarisi.Tidak marah tidak merajuk
Kelima; anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri dari tuannya sekalipun dipukul atau dimarahi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat pelajar-pelajar yang siddiqin yang sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk sekalipun kesabarannya diuji dengan pelbagai ujian.Tawadduk, redha dan tidak sombong
Keenam; anjing lebih redha dan rela bertempat di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
Sifat ini adalah sama dengan sifat-sifat orang-orang yang tawadduk, suka merendah diri dan tidak sombong diri.Tiada dendam
Ketujuh; Jika tempatnya diambilalih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, anjing akan berpindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau menaruh dendam.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang soleh yang sentiasa redha dengan bahagiannya yang ditentukan oleh Allah s.w.t.Khusyuk
Kelapan; Jika anjing dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, ia menerimanya dengan hati terbuka.
Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang telah berlalu.Sifat ini adalah sama dengan sifat orang-orang yang khusyuk.Redha rezeki Allah
Kesembilan; jika anjing melihat manusia makan, ia melihat sahaja dari jauh, tidak meminta-minta atau mengganggu.
Jika diberi, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia akan berdiam sahaja.Ini adalah sama dengan sifat orang-orang miskin yang redha akan pemberian rezeki oleh Allah s.w.t.Istiqamah
Kesepuluh; jika anjing berjalan atau pergi dari tempat asalnya, ia tidak menoleh ke belakang dan terus berjalan.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang susah yang istiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t.Demikianlah sepuluh sifat mulia yang ada pada makhluk yang kita gelar anjing dan Hasan al-Basri menyifatkannya sebagai bersamaan dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang soleh.

Tuhanterasa lembutnya belai sayangMubersama kurnia sekalung hidayahtapi, adakalanya terasa membahang kemurkaanMuseiring patahnya sayap mujahadahkuTuhanlangkahku bagaikan matimendaki kasihMu nan sayup tingginamun cintaku bukan palsubiar langkahku ke sana sering tergangguTuhanterlerai sudah ribuan taubatkuterungkai semua bersama semua janjiku yang dulukataku sering mungkirwalau ku tahu cintaMu tak pernah meminggirTuhanwalau apa pun, aku masih terus disinimengemis didermaga janjiMu yg pastidisini aku masih mendamba kasihkrn ku yakin kasihMu tak pernah sirna selama-lamanyanarration In-teamKasih Allah sentiasa ada pada hambaNya. KasihNya tidak bertepi. katamu, ibumu begitu sayangkan kamu. diberinya barang kesukaanmu. dibelainya dirimu..nasihatnya juga tidak ketinggalan. namun, aku dan kamu sering lupa sayang dan kasih yang satu lagi. mungkin juga disebabkan tidak ada masa untuk mengingat kasih dan cinta itu. Namun si Dia tidak pernah lupa kita disini. Apa yang si Dia kurniakan buat kita??Barangkali kita semua lupa. Ibu yang sentiasa menemani di sisi juga adalah kurnianNya.Barang kesukaanmu yang kau miliki sekarang juga milikNya. Sampai bila kita harus begini. Lupa akan cinta dan kasihNya. Janganlah kita lupa si Dia yang aku maksudkan. Kerana, tanpa si Dia, tiadalah kita di sini untuk merasai kenikmatan hidup di dunia yang hanya seketika ini. Kadang-kadang, manusia itu cukup lupa. Namun, sampai bilakah kita ingin melupai sesuatu yang cukup penting??Adakah kita akan mengingat semua itu bila nyawa sudah sampai di kerongkongan?Masa untuk berada di dunia ini cukup singkat sekali.Firman Allah s.w.t"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." Surah al-Hadid (57:20)Ingatan yang diberikan oleh Allah, cukup perlu untuk kita jadikannya sebagai amaran buat diri yang sering leka.Kehidupan yang kita miliki sekarang adalah realiti dan bukan fantasi. Perlu diingat juga kehidupan akhirat juga realiti dan bukan fantasi. Adakah Allah menurunkan al-Quran yang mengandungi nasihat-nasihat, pengajaran, pesanan dan sebagainya itu adalah sia-sia?? Adakah al-Quran itu hanya seperti buku cerita dongeng??Sedangkan setiap butir-butir isi kandungan Allah adalah bukti sayang Allah kepada hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Perkara yang bakal terjadi, yang berlalu dan akan datang. Turunnya Al-Quran untuk memimpin setiap hamba yang sedang menjalani sebuah perjalanan untuk kembali kepadaNya."Aku, adalah hamba, insan biasa, yang mencari cintaNya, buat bekal di dunia, untuk selamat di akhirat sana.Kalian, juga hamba, mungkin juga sedang mencari cintaNya seperti aku jua, aku dan kalian adalah sama, cuma iman yang membezakan kita."Aku dan kamu di sini untuk menuju jalan yang satu. Iaitu jalan redhaNya. Jalan menuju ke syurga.Moga kita sama2 dijauhkan dari menuju jalan yang bisa membawa aku dan kamu ke nerakaNya.