CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 29 Oktober 2008

FiKIR-FIKIRLaH

...untuk berjaya perlu melangkah,dan ingat tak semestinya langkah yang kita atur itu mudah,adakalanya terpaksa membesarkan langkah,adakalanya terpaksa mengecilkan langkah.Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun,yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat......jangan kecik hati sangat dengan hidup ni jika anda tak dapat semua yang anda nak sekarang,mungkin anda akan dapat nanti.Dan jangan sombong sangat jika anda nampaknya macam menceracak sangat sekarang ni,sebab hidup itu macam roda, adakalanya anda di atas adakalanya anda di bawah...p/s bacalah apa yang anda mahu baca, walaupun bahan bacaan itu nampak kosong, never mind, yang penting anda mahu ambil manfaat dari pembacaan itu. daripada anda baca sesuatu yang penuh dengan input tapi tak pernah terniat untuk ambil manfaat, itu lebih sia-sia."jangan mudah menilai melalui pandangan mata,pandangan mata selalu menipu"

Selasa, 28 Oktober 2008


Hatiku sering berkata...
mengapa aku tidak boleh bebas seperti yang lain...dan akalku menjawab...
kerana kau bukan milik dirimu...
kau milik yang Khaliq...
aku sangkarkan kau bukan bermakna aku benci...
tetapi aku mengharapkan diriku mampu menjadi yang lain...
mampu menjadi jauh lebih baik...
'Be Yourself'??
..erm aku tidak percaya falsafah orang putih ini...
kerana bagiku...
jika kita mampu menjadi lebih baik...
maka kita perlu berhijrah...
oleh itu...
aku putuskan...aku perlu...sangkar hati!!! demi Islam yg aku cintai..
demi ibu dan ayah di rindui...
demi perjuangan suci ini...mehnah fitnah dan tribulasi...
rela ku tempuhi...
oh tuhan...
berilah aku serta teman seperjuanganku..
kekuatan & kesabaran...
ketekunan dan kebijaksanaan..
dalam menempuh jalan sebagai pejuang...
kerana Tuhan... Aku sangat merindui SyurgaMu...
akulah...Pecinta syahid Ilahi...
takbir!!!
Allahu Akhbar!

Sepahit Madu

Awak sudi jadi isteri kedua saya?”
tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!”
pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…”
Fatimah mula sebak.
Tak. Maksud saya…”
Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!”
potong Fatimah dengan kasar.
Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?”
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
Ada hikmah,”
bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
Awak sudi jadi isteri kedua saya?”
tanya Fikri tanpa segan silu.
Sudi,”
jawab Nusaibah ringkas.
Er, betul ke ni?”
tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
Kenapa saya?”
tanya Fikri ingin tahu.
Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,”
jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
Baiklah,”
jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
Abang, saya nak tanya boleh?”
sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
Ye sayang?”
jawab Fikri sambil memandu.
Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,”
luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,”
Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
Yeke? Dia datang program tu rupanya,”
jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
Kita dah sampai,”
Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
Itu isteri pertama abang,”
Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
Mana bang?”
Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
Tak nampak pun,”
Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
Siapa nama isteri pertama abang?”
Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
Perjuangan,”
jawab Fikri.
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]

Ahad, 19 Oktober 2008


Sabtu, 18 Oktober 2008

Aku malu menegu perkara mungkar...


Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapatidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yangmengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain.Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, takperlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yangindividualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi lasan lain untuk tidak menegur..Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dankekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkanusaha mengajak kebaikan.


Persepsi Diri Yang Salah..

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlahkepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam,ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diriperlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidaksempurna didikan agama.Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang TertentuSudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanyamanusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa danterburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalahdiri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian darimasyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.


Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamatkita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungansesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkanorang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..Allah memitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah adasebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarangkepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalambukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalahumat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untukmengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.


Hukumnya sudah mjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakinmengecil jumlahnya.Menasihati bukan satu cara sahajaMereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesankepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu denganmengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidaktercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif danmempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusiakepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihatmelalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hatikadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan.Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong,lidahnya tidak celupar menuturkan kata.


Tentulah wahai tuan,

ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha.Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usahauntuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalamketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benihpersaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.


Marilah tuan, tiada ruginya kita berbuat kebaikan..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Bariskan harapan pd istikharah sepenuh hati. Relakan Allah pilihkan untukmu. Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya. Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada org yg terpilih itu,melainkan pada jalan yang kau pilih."


Ya Allah!


Sesungguhnya aku memohon pilihan kepadamu dengan pengetahuanmu, aku memohon keputusanmu dengan kekuasaanmu dan aku memohn kepadaMu dengan keutamaamu yang besar.Sesungguhnya engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui hal2 yang ghaib.


Ya Allah!


Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku dalam agamaku, penghidupanku dan akhir urusanku, maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku didalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, penghidupanku dan akhir urusanku, maka singkirkanlah ia dariku atau singkirkanlah aku darinya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana jua, kemudian jadikanlah aku redha dengannya"


Amin Ya Rabb

Selasa, 7 Oktober 2008

Isnin, 6 Oktober 2008

Bersama Universiti Menjunjung Perubahan


MOTTO: Bersama Universiti Menjunjung Perubahan
Penjelasan Motto:
1. PERUBAHAN dalam budaya akademik dan berfikir dalam kalangan mahasiswa selari dengan cita-cita Universiti.
2. PERUBAHAN dalam kepemimpinan mahasiswa (khususnya dalam MPP) agar mereka lebih mewakili mahasiswa serta memperjuangkan hak-hak mahasiswa; bukan memelihara status quo pihak-pihak tertentu (bukan mahasiswa).
3. PERUBAHAN dalam pergerakan persatuan-persatuan mahasiswa Universiti dengan memberi lebih kebebasan berpersatuan, sokongan kewangan; bukan dikekang dengan birokrasi sempit oleh segelintir staff-staf BHEP.
4. PERUBAHAN dalam diri mahasiswa dengan memperjuangkan hak mahasiswa dalam mengakses maklumat serta isu-isu kenegaraan, politik, sosial dan ekonomi selari dengan panduan ilmu, bahan bacaan serta tabiah berfikir mahasiswa itu sendiri; bukan dilayan semacam budak sekolah, diikat (dipaksa) dengan merit di desasiswa-desasiswa untuk menyertai program-program biasa Aspirasi, culture of fear dan sebagainya.
5. PERUBAHAN dalam sistem nilai kita melalui perjuangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU). ‘Akta Untuk Kuatkan Umno’ ini telah menghalang kita bersuara pada kepemimpinan negara yang kotor, menghalang kita bekerja walaupun sudah berusia lewat 21 tahun, menghalang kita terlibat dalam politik luar sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia bukan sahaja membenarkan kita terlibat sekurang-kurangnya sebagai voters, malah sebagai calon Pilihanraya. Natijahnya, kita dilayan semacam budak sekolah, bukan mahasiswawa walaupun kita tinggi ilmu, tinggi rasional dan tinggi budi.
SERUAN: Kami menyeru seluruh warga Universiti khususnya mahasiswa untuk memberi partisipasi serta sokongan kepada pihak kami. Kita bukannya mahu membuat kacau-bilau dalam Universiti, kita hanya mahu kepemimpinan mahasiswa tidak lagi diperkuda oleh Aspirasi, segelintir staff-staff BHEP, politik perkauman/cauvenisme UMNO-BN serta ASPIRASI Saiful Bukhari Azlan (iaitu MT Aspirasi Malaysia dan Ketua Aspirasi UNITEN) yang sanggup menjadi perkakas pihak-pihak tertentu demi mengekang gelombang perubahan di Malaysia secara amnya dan di Universiti kita secara khususnya. Salam perjuangan.

Apa itu Promahasiswa

RiNGKASAN Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (ProM) merupakan platform yang menghimpunkan kepemimpinan mahasiswa sejati, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang menjunjung kebebasan berpersatuan serta sukarelawan/ti yang cintakan kepemimpinan MPP yang benar-benar boleh mewakili suara mereka serta memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa.
MPP ProM sesi lepas adalah (1)Mohd Azahari Abu Bakar, (2)Siti Rogayah Bahari, (3)Nurul ‘Izzati Zamuri, (4)Nur Mastura Mansor, dan (5)Nor Harizam Abd. Majid.
Kini, kita telah pun mempunyai Jurucakap dan duta di semua Pusat Pengajian (Fakulti) dan Desasiswa yang terdiri oleh pelbagai ideologi, cita-cita, kebangsaan serta kepercayaan-adat resam.
Wajah jurucakap/duta kita adalah wajah bangsa Malaysia, bukan cauvenisme/perkauman sempit.
Itulah keyakinan dan kepercayaan kita demi memastikan hak-hak mahasiswa terus dipulihara.
Cita-cita kita adalah perubahan kepemimpinan MPP dan cita-cita ini bukan hanya di Universiti kita, malah di semua IPT Malaysia atas nama ProM Malaysia.

Ahad, 5 Oktober 2008

selamat hari raya Aidilfitri....maaf zahir batin kepada semua mahasiswa/siswi dan staf universiti sains malaysia...