CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 6 Oktober 2008

Bersama Universiti Menjunjung Perubahan


MOTTO: Bersama Universiti Menjunjung Perubahan
Penjelasan Motto:
1. PERUBAHAN dalam budaya akademik dan berfikir dalam kalangan mahasiswa selari dengan cita-cita Universiti.
2. PERUBAHAN dalam kepemimpinan mahasiswa (khususnya dalam MPP) agar mereka lebih mewakili mahasiswa serta memperjuangkan hak-hak mahasiswa; bukan memelihara status quo pihak-pihak tertentu (bukan mahasiswa).
3. PERUBAHAN dalam pergerakan persatuan-persatuan mahasiswa Universiti dengan memberi lebih kebebasan berpersatuan, sokongan kewangan; bukan dikekang dengan birokrasi sempit oleh segelintir staff-staf BHEP.
4. PERUBAHAN dalam diri mahasiswa dengan memperjuangkan hak mahasiswa dalam mengakses maklumat serta isu-isu kenegaraan, politik, sosial dan ekonomi selari dengan panduan ilmu, bahan bacaan serta tabiah berfikir mahasiswa itu sendiri; bukan dilayan semacam budak sekolah, diikat (dipaksa) dengan merit di desasiswa-desasiswa untuk menyertai program-program biasa Aspirasi, culture of fear dan sebagainya.
5. PERUBAHAN dalam sistem nilai kita melalui perjuangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU). ‘Akta Untuk Kuatkan Umno’ ini telah menghalang kita bersuara pada kepemimpinan negara yang kotor, menghalang kita bekerja walaupun sudah berusia lewat 21 tahun, menghalang kita terlibat dalam politik luar sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia bukan sahaja membenarkan kita terlibat sekurang-kurangnya sebagai voters, malah sebagai calon Pilihanraya. Natijahnya, kita dilayan semacam budak sekolah, bukan mahasiswawa walaupun kita tinggi ilmu, tinggi rasional dan tinggi budi.
SERUAN: Kami menyeru seluruh warga Universiti khususnya mahasiswa untuk memberi partisipasi serta sokongan kepada pihak kami. Kita bukannya mahu membuat kacau-bilau dalam Universiti, kita hanya mahu kepemimpinan mahasiswa tidak lagi diperkuda oleh Aspirasi, segelintir staff-staff BHEP, politik perkauman/cauvenisme UMNO-BN serta ASPIRASI Saiful Bukhari Azlan (iaitu MT Aspirasi Malaysia dan Ketua Aspirasi UNITEN) yang sanggup menjadi perkakas pihak-pihak tertentu demi mengekang gelombang perubahan di Malaysia secara amnya dan di Universiti kita secara khususnya. Salam perjuangan.

1 ulasan:

Ansarullah berkata...

kita sebagai mahasiswa perlu lantang bersuara untuk membela hak kita....tiada siapa akan membela hak kita jika tidak kita sendiri berusaha memastikan hak mahasiswa terus dihormati...bersama menyokong promahasiswa